please hear me

Saturday, May 25, 2013

Mengapa musibah ?


Assalamualaikum..

Tadi aku terbaca satu artikal ny & membuatkan aku nak update kat dlm blog aku ny ..

Tajuk nya ialah "Mengapa Musibah ?"

Musibah ny banyak maksud dy ..
Selalu di sebut sebagai "dugaan , ujian"..

Betol kan ?
Tau da betol ..

Ok ok ..
Mari sini aku nak cite ..


Mengapa musibah ?

Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita ada hikmah sama ada disedari atau tidak dan tahu atau tidak ..
Allah SWT telah menyatakan dalam Surah Al-Baqarah ayat 155 bahawa Dia pasti akan menguji manusia :

"Demi sesungguhnya, Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh), (dengan merasai) kelaparan serta (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda, jiwa dan hasil tanaman. Berilah khabar gembira kepada orang yang bersabar."

Apabila Allah Taala menyatakan "berilah khabar gembira kepada orang yang bersabar." ..
Ini menunjukkan musibah yang dihadapi bertujuan membezakan antara orang yang dapat bersabar dengan tidak ..

Sabar adalah prinsip hidup oang beriman ..
Inilah hikmah besar di sebalik ujian daripada Allah ..
Memahami dan merenungi hikmah besar di sebalik ujian daripada Allah ..
Memahami dan merenungi hikmah ini adalah sebahagian daripada akidah Muslim kerana membantu memperkuatkan kepercayaan kepada Qadak dan Qadar Allah ..
Malahan, seseorang itu mendapat musibah yang lebih besar jika hikmah ini tidak difahami dengan baik ..

Boleh jadi musibah duniawi yang menimpa menyebabkan kita semakin hampir dengan Allah Taala ..
Katakan kita ditimpa kemalangan ketika memandu atau kereta yang dinaiki rosak teruk disebabkan kita jarang membaca doa menaiki kenderaan ..
Selepas itu , kita mula konsisten mengamalkna doa menaiki kenderaan dan sentiasa mengingati Allah Taala ..

Firman Allah Taala yang bermaksud :

"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu. Boleh jadi jugak kamu suka kepada sesuatu , padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." 
Surah Al-Baqarah 2: 216

Dengan itu, ia dapat mengurangkan rasa duka yang datang akibat musibah ..
Dengan kata lain , kebaikan yang ada pada sesuatu yang kita benci menjadi sesuatu yang disukai oleh kita .
Inilah suka dalam duka yang menjadi hikmah besar dalam setiap musibah duniawi ..

So, lepas aku baca artikal ny ..
Hati aku menjad tenang ..
Sebab apa ?
Sebab setiap MUSIBAH , DUGAAN atau UJIAN ..
Ada himah nya ..
Jadi apa yang patut kita lakukan sekarang adalah dengan hanya 

BERSABAR !!

Sekian , salam ..

*Info : Facebook