please hear me

Saturday, June 1, 2013

Sebelum ..................


Assalamualaikum..

Ok lahh .. Hari ny topik kite ialah "sebelum" .. 

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik , 
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali .


Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan , 
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apa-apa pun untuk dimakan .


Sebelum kita mengeluh tidak punya apa-apa , 
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan .


Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk , 
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya .


Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda , 
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan yang diberikan teman hidup .


Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup ,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat .


Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita ,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul .


Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya ,
Fikirkan tentang seseorang yang tinggal di jalanan .


Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan ,
Fikirkan tentang pengangguran ,
Orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita .


Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain ,
Ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa .


Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan ,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih diberi untuk meneruskan kehidupan .

MasyaAllah . Subhanallah . Allahuakbar . Astagfirullahalazim . Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya . :D