please hear me

Monday, March 27, 2017

hikmah

dalam dunia banyak sangat ujian atau dugaan yang Allah beri pada hambaNya. apa yang terjadi dalam kisah hidup aku dan juga kisah hidup keluarga aku ada hikmahnya.

sebelum ni terlalu banyak ujian yang mak terima dan mak kuat lalui ujian tersebut. dan aku yakin kali ni mak kena kuat. ada hikmah rupanya bila semua ni terjadi. aku dapat ayah yang dulu. ayah yang penuh kasih sayang terhadap isteri dan juga anak-anaknya. aku gembira sangat. sebab sebelum mak masuk hosp. aku ada perasasan wallpaper fon ayah ada gambar mak. start dari tu. aku tau yang ayah da mula nak berubah. :")

patotnye sekarang aku da habis praktikal kan. tapi ada sebab kenapa aku tangguh praktikal. ada sebab kenapa aku praktikal lambat. ada sebabnya. dan aku sendiri tak tau sebab apa. sampailah mak sakit. aku tau sebab dia. ada hikmah kenapa aku tangguh praktikal.  aku tangguh konvo. bayangkan kalau sekarang aku memang da habis praktikal. dan konvo aku bulan 4 ni. aku yakin masa tu mak tak dapat lihat aku naik atas pentas. masa tu aku mesti sedih. jadi aku terima kenapa aku tangguh semua ni. aku harap mak cepat sembuh. sebab aku nak mak tengok aku dengan adik berjaya. aku nak sangat mak tengok kami sama sama berjaya. ye. itulah sebenar-benarnya impian aku.

ada orang nak berjaya sampai degree phd master bla bla bla. tapi aku hanya mampu berjaya sampai setakat diploma. aku tak nak susahkan mak ayah lagi. aku berharap aku dapat habiskan praktikal ni untuk beberapa minggu saja lagi. tak sabar sangat nak tunggu masa tu.

semoga segala urusan aku dan juga keluarga aku dipermudahkan.
semoga aku dan juga keluarga aku dilindungi sentiasa olehNya.