please hear me

Monday, February 25, 2013

Resepi Pavlova

Assalamuaalaikum..
Hari ini saya nak share kat awok awok semua satu resepi..
Resepi apa kak ??

RESEPI PAVLOVA !!


Ummmmm..sedapnya !!

Sebelum itu, di sini saya ingin mengenalkan kepada awok awok semua apa itu pavlova ..
Pavlova adalah sejenis kek meringue yang diperbuat daripada putih telur dan gula halus sebagai bahan asas utama. 
Pavlova ini adalah sejenis makanan dari negara mana tah..saya pun tak pasti..
Kalau awok awok nak tau..SILA KLIK DI SINI ..
Yang paling penting..
Ianya sangat sedap..
Nyumm.. Nyummm ...








Sedap kann..
Meh saya bagi awok awok resepinya...

Bahan-bahan :

  • 4 biji telur (Putih telur je)
  • 1 cawan gula kastor (saya guna setengah cawan je)
  • 1/2 sudu teh esen vanilla (saya guna 1 sudu, nak derhaka gak tu hahahaha)
  • 1 sudu teh cuka
  • 1/2 sudu besar tepung jagung (saya guna 1 sudu)

Topping :

  • 1 cawan (240 ml ) whipping cream
  • 1 1/2 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-cara membuat :

  1. Terlebih dahulu asingkan putih telur dari kuning telur, kita nak guna putih telur je tau..pukul putih telur menggunakan hand mixer pada kadar kelajuan yang perlahan, saya guna stand mixer so lagi mudah kerja saya, pusing pastu tinggal je tunggu putih telur jadi soft peak form..
  2. Masukkan gula sedikit demi sedikit, pukul pada kelajuan yang tinggi, sehingga bertukar menjadi putih yang berkilat, angkat pemukul, tengok kalau bahan tersebut menjadi ke tak, kalau tak jatuh tu maknanya meringue korang berhasil hihihi, kemudian masukkan esen vanilla, tepung jagung dan cuka, saya terus masukkan je dalam adunan tu, malas nak kacau2 guna spatula..
  3. Ambil kertas minyak, gariskan bentuk bulat pada kertas minyak dan terbalikkan untuk meletak meringue tadi, kiranya nanti senanglah nak bentukkannya..

Proses membakar :

  1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 150′ C selama 10 minit, saje nak bagi ada bahang hihihi, barulah time masak tu betul kan.
  2. Masukkan adunan meringue dalam oven 10 minit pada suhu 150′ C, kemudian barulah turunkan kepada suhu  140′C. Masak selama 1 jam. terpulang pada anda, tapi saya masak 1 jam elok je masak, cun hehe..
  3. Tanda meringue dah masak, ianya kelihatan berwarna coklat muda sikit macam kat gambar atas tu, kalau pegang luar rasa garing, dalam lembut tau, tapi awas sebab ianya mudah retak, kena berhati-hati semasa mengeluarkan meringue tersebut dari kertas minyak. Oh ye, sebelum tu biarkan dalam oven dulu, buka pintu oven, biar sejuk sekejap barulah keluarkan terus dari oven

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental
2- Masukkan gula dan esen vanila
3- Masukkan whipped cream dalam plastik, saya buat semalam, pagi tadi baru guna so sebelum tu saya letak dahulu dalam peti ais sejuk beku, nak hias pagi tadi baru saya keluarkan dan guna.
* Boleh juga guna Whipping cream dalam tin terus kalau malas nak buat, hehehe.
Rasa nak makan barulah hias dengan buah-buahan segar, jangan hias awal-awal takut nanti pavlova tu berderai, so hias time nak makan ..

Sekian..
SELAMAT MENCUBA ! :)