please hear me

Tuesday, August 28, 2012

Seloka 5 Seri Wawasan



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sebagai kata pembuka bicara,
Kami 5 Waw yang cool ada cerita,
Buat tatapan rakan-rakan semua.

Bermulalah dengan gurunya,
Pn. Noridah guru kelas kami,
Subjek Physics yang diajarnya,
Muka cun buat kami tertawan hati.

11 putera 12 puteri,
Bab bising serah kepada kami,
Time cikgu absent semuanya Bak Raja dan Permaisuri,
Cikgu disiplin lalu semuanya "quiet" dan sembunyi.

Mohd Hanif penghulu kami,
Sentiasa smart dan juga "steady",
Ain Nazirah timbalan kami,
Mrs. Model di kelas kami.

Si manis Tyra, si bendahari,
Tiap-tiap minggu buat operasi,
Bab bayar liat sekali,
Siapa tak bayar, haa........jangan nak lari!

4 sekawan di kelas kami,
Sentiasa bersama sampai mati,
Apa nak jadi tak tahulah mereka ni,
Ammar,Baby,Mamat dan Hadeed empunya diri.

Sentiasa senyum manis sekali,
Terserlah akhlak budi pekerti,
Itulah Syafiqah empunya diri,
Budi bicara menambat hati.

Shafiq dan Fadhil duduk di belakang sekali,
Bila belajar penuh strategi,
Mereka selalu sahaje "busy",
Bagi persiapan SPM tahun ini.

Diam-diam ubi berisi,
Peah nama gelaran diberi,
Result keluar best sekali,
Apalah rahsia dia ni......??

Fara dan Zura cute sekali,
Itulah nama yang diberi,
Bila mereka trouble, kami turut susah hati,
Tapi bila mereka senyum, menawan hati kami.

Intan dan Ira rakan semeja,
Sentiasa tolong-menolong bersama,
Nak kata pendiam taklah juga,
Tapi hati sungguh mulia.

Wafiy sekejap ada, sekejap tak ada,
Atif pula sentiasa ada,
Walaupun mereka kawan semeja,
Tapi mereka sentiasa bersama.

Ke hulu ke hilir dengan camera "Nikon" nya,
Ainul Syafiqlah orangnya,
Tiap-tiap hari ada aje kerjanya,
Semuanya untuk diletakkan di majalah sekolah.

Putih berseri muka lawa,
Di dalam kelas tempat bisnesnya,
Schaa nama gelaran untuk si dia,
Tiap-tiap hari dapat duit raya.

Berbaju ungu di kelas kami,
Ekin empunya diri,
Bila belajar serius sekali,
Kecil-kecil cili padi.

Hafiz pendiam orangnya,
Bila bercakap tak dengar suara,
Bila ditanya senyum sahaja,
Nak nampak gigi susahnya.

Berkaca mata besar sekali,
Selalu saja tak hadirkan diri,
Atikah empunya diri,
Nak nampak muka susah sekali.

Kuning langsat berkaca mata,
Bab "touching" memang juara,
Noor Syahirah empunya nama,
Waktu sejarah "confirm" lelap mata.

Sekian sahaja seloka ini,
Segala salah silap harap dimaafi,
Tiada niat nak campur peribadi,
Semoga menjadi memory abadi.

Tahun 2012 terakhir kami di sini,
Segala kenangan tamat di sini,
Cikgu-cikgu maafkan kami,
Harap result SPM gempak nanti,
Selamat tinggal SMK Putrajaya Presint 14(1) yang amat kami cintai...!!